Saturday, September 15, 2007

Antara Dua Kegawatan

Tahun 1998. Saya baru mula berkerja dan menikmati hidup sebagai dewasa yang berdikari. Pada masa itu kecoh di rata-rata tempat dibincangkan tentang kegawatan ekonomi Asia. Katanya Korea Selatan dah teruk dan hampir tumbang. Thailand pula mula goyah. Di dada-dada akhbar terpampang kisah tentang ahli korporat di Bangkok menjual sandwic di tepi jalan dan graduan menjual kacang rebus serta memandu teksi. Semua angkara kegawatan ekonomi. Di Malaysia juga, pada masa itu, disebut sebut tentang ekonomi yang gawat, tentang matawang yang sedang diserang hebat sehingga hampir tidak terdaya kerajaan kita bertarung menghalang kejatuhan nilainya.

Namun sebagai orang muda yang masih agak mentah ketika itu, saya tidak begitu mengambil tahu secara terperinci tentang krisis yang sedang melanda negara kita. Yang saya ingat, Malaysia terus tenang terus aman. Walaupun akhbar dan berita tv kecoh bercerita tentang masalah-masalah ekonomi, saya tidak begitu merasai kesannya pada ketika itu. Bila lepak di Bangsar, samada di warong tepi jalan atau di tempat mewah seperti Coffee Bean (masa tu belum ada Starbucks), saya perhatikan di keliling saya meja meja lain tetap penuh. Begitu juga di kompleks membeli belah. Orang ramai terus ceria.. terus “oblivious” tentang keadaan sebenar yang sememangnya mencemaskan. Nyata warga korporat terasa bahang kegawatan itu, dan ada yang jatuh tersungkur, dari segi kewangan nya tinggal nyawa-nyawa ikan sebelum padam selama-lamanya. Tapi secara amnya, rakyat Malaysia tidak begitu tertampar dengan kegawatan ekonomi Asia yang sedang melakar sejarah hitam buat rantau ini pada ketika itu.

Kini barulah saya sedar bahawa persepsi ketenangan itu adalah sebenarnya hasil dari perancangan rapi oleh kepimpinan yang bijaksana yang berpandangan luas dan jauh. Itulah Dato Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad Perdana Malaysia yang disanjungi ramai ketika itu. Saya masih ingat perbualan saya dan rakan-rakan pada suatu petang Ogos 1998… dengan penuh “konfiden” kami bersetuju bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dr. Mahathir pasti tahu menyelesaikan nya.

Aduhh…nostalgia sunguh bila mengenangkan kembali. Kata Mat Salleh “those were simpler times”. Rakyat Malaysia tak perlu risau. Semuanya pasti akan di “settle”kan oleh Perdana Menteri kebanggaan kita. And true enough. Dr.Mahathir tidak mengecewakan rakyat nya. Sepertimana yang dijangkakan, Dr.Mahathir menemui jalan keluar dari kemelut ekonomi itu dengan caranya yang unik dan tersendiri…. Tidak perlu saya huraikan disini. Semuanya telah menjadi sejarah yang “well-documneted”, yang mana kisah hebat penyelesaian ekonomi Dr.Mahathir itu dijadikan “case study” ilmiah di Harvard Business School hingga ke hari ini.

Demikian lah di zaman Tun Dr. Mahathir dahulu. Sehingga kegawatan ekonomi pun tidak terasa oleh rakyat kebanyakan, kerana dilindungi dengan cekap oleh pemimpin yang bijaksana. Dr. Mahathir menyangkal teori ekonomi semasa dan melakukan sebaliknya. Beliau menolak kenaikan faedah pada pinjaman supaya peniaga-peniaga tidak kelemasan membayar bunga yang melambung akibat susut nilai wang ringgit; dan Beliau memastikan rakyat mendapat imbuhan wang agar ada aliran tunai dalam ekonomi. Maka dengan itu rakyat tidak terasa bahang kegawatan ekonomi, dan perniagaan-perniagaan terus boleh menjalankan aktiviti mereka kerana tidak berlaku kekeringan dana dalam pasaran. Itulah antara lain kebiaksanaan Dr. Mahathir menangani kegawatan ekonomi, selain menutup seketika ekonomi kita agar tidak terus dibinasa oleh penyangak matawang.

Hebatnya pemimpin ketika itu sehingga Kegawatan Ekonomi serantau pun tidak dirasai oleh rakyat bawahan dengan terlalu ketara.

Fast forward ke tahun 2007. Tidak ada lagi keyakinan rakan-rakan saya terhadap pemimpin. Nak cakap pasal masa depan pun dah tak konfiden. PM ada dalam negara atau tak ada dalam negara ,sama saja. Bukan sahaja rasa bangga pada pemimpin sudah langsung lesap, rasa malu pulak semakin ketara. Apa tidaknya? Dok tengok dia asyik tidur aje. Kalau tak tidur pun dok melalut tak tentu hala. Ucapan tak pernah ada isi yang solid. Ucapan Merdeka 50 tahun pun terpekik-pekik macam orang hilang akai.

Sementara itu, ura-ura kata harga minyak nak naik lagi kerana harganya di pasaran dunia melonjak. Aduuuh…Yang kena penampar kenaikan harga tahun lepas tu belum pun hilang lagi perit nya, daaaah nak kena tampar lagi sekali. Aduuuh…..

Harga ayam pulak dah melantun melampau lampau. Petang tadi terkejut beruk diri ini bila mendapati harga ayam percik (untuk buka puasa) seketul dah mencecah RM5! LIMA RINGGIT SEKETUL AYAM!! MasyaAllah….! Ini kalau nak kira( in relative terms, dollar for dollar) dah lebih mahal dari harga makanan di kota London! No way I can afford this regularly. Nampaknya Malaysia akan jadi macam dulu la… ayam dengan daging jadi satu ‘luxury’, makanan golongan kaya dan elite sahaja. Orang bawahan makan ikan kembong, dengan sayur. cukup.

Ni tak masuk cerita kenaikan harga benda benda lain lagi… tol naik, teh tarik naik, beras naik…semua naik. (and of course everyone knows the joke about anu orang tu pun naik sebab kawin lagi sekali.. haha hmmmm…. Nak gelak pun tak daya.)

And yet ini semua berlaku dalam keadaan ekonomi cukup baik sekali menurut kata kerajaan. Tiada kegawatan. Tiada masalah. Unjuran pertumbuhan tahun ini pun turun sikit aje dari tahun lepas.

Funny kan? 1998 masa kegawatan ekonomi Asia, rakyat biasa tak rasa sangat perit pedih nya. Siap protected lagi… tiada gangguan cara hidup. Tapi 2007, tiada crisis, tiada downturn… tapi rakyat terseksa gila. Di semua peringkat rakyat terasa peningkatan kos sara hidup, dan kekurangan daya beli…

Apa dah jadi ni? Isn’t anyone doing something about this? Tidak kah pemimpin kita tahu bahawa nun jauh dibawah sana, beribu-ribu kaki di bawah mahligai bersayapnya yang bernama Airbus, rakyat sedang semakin tersempit? Tidak kah dia tahu bahawa walaupun saudara maranya sedang cemerlang mengaut keuntungan (sampai ada yang dah lyak dipanggil Billionaire, katanya… wallahu a’lam), rakyat biasa ramai yang terasa bahang kenaikan harga hampir semua barang-barang keperluan harian? Lupa kah dia bahawa bukan semua orang hidup senang seperti dia: dengan elaun keraian tiada batasan dan gaji hampir tidak disentuh kerana semuanya ditanggung kerajaan? If he doesn’t have a clue, then who exctly is running the show here?

Aduuh… sedihnya saya mengenangkan nasib negara… nasib saya… nasib rakyat biasa macam kita ni.

Saya teringat satu ayat dari filem Hollywood, yang disebut ketika menceritakan tentang seorang raja yang tidak langsung berupaya mentadbir negaranya, tetapi tetap berdegil mempertahankan kedudukannya. (Sementara itu orang disekelilingnya bermaharaja lela, merompak dan memporak porandakan negara itu). Ayatnya timbul bila salah seorang watak bertanya “what is the king doing? He’s there isnt he? He sees whats happening?”. Jawab seorang watak yang lain “ He’s there but he’s not there. The lights are on but nobody’s home.”

Begitulah agaknya Malaysia hari ini. Begitula, gamaknya, keadaan kantor pemimpin tertingi. The lights are on… but nobody’s home. Semoga Allah membantu kita semua dan meyelamatkan Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Salam Ramadhan, Kersani!

Memang benar sekali. Bezanya DrM memimpin, AAB dipimpin. Oleh puak2 lintah darat yang kepentingan diri, yang agendanya tentu sekali terus membuai AAB supaya terus lena.

Rasa saya kalau rakyat tunggu seorang Jebat muncul, tak tahu sampai bila kena tunggu. Sementara itu keadaan negara kita makin parah kehilangan darah.

Mungkin kita semua harus menjebatkan diri...

Anonymous said...

Memang betul, terasa betul kenaikan harga abrang. Even orang yang apolitical macam orang2 kampung saya pun komplen, harga barang naik dengan mendadak sejak zaman Pak Lah.

Mahathir, for all his flaws, is a thousand times better than Pak Lah. At least bawah Mahathir kita boleh makan lagi. Bawah orang tua Lelah sekarang ni? Silap haribulan jadi ala zaman Jepun - nasik pun tak boleh nak makan!

Hamizi Hamdan said...

saya terbaca ulisan anda ini di http://mykmu.net/

saya amat-amat bersetuju tentang pendapat anda bahawa di zaman TDM tiada apa yang perlu dirisaukan... semuanya pasti terjaga oleh beliau...

ia sangat berbeza sekarang...

p/s: saya nak cut & paste post anda ini dalam blog saya...